31 July 2013

Qalbi milik Allah


Apa yang dimaksudkan dengan "Qalbi"? Asal perkataan ni adalah dari bahasa Arab yang bermaksud "Hatiku". Jika pandai berbahasa Arab, alangkah  indah rasanya kerana kita boleh membaca Al-Quran dan memahami maksudnya serta menyelami hikmah di dalam Al-Quran. Subhanallah. Asalkan kita berusaha ke arah itu pun sudah bagus, sikit-sikit lama-lama pandai la kan. InsyaAllah.

Ya, memang benar Qalbi ini milik Allah, seluruh jasad dan roh ini milik Pencipta yg Maha Esa. Serahkanlah jiwa dan ragamu ini pada Allah dan letakla ia diperingkat tertinggi sekali mengatasi yang lainnya.

أفلم يسيروا في الأرض فتكون لهم قلوب يعقلون بـها أو آذان يسمعون بـها فإنـها لا تعمى الأبصار ولكن تعمى القلوب التي في الصدور.  سورة الحج: 46
Artinya:  "Apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau mempunyai telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta adalah hati yang ada di dalam dada." (al-Hajj [22]: 46).
Bila hati diletakkan pada Allah, maka selalulah berzikir dan mengingati Allah walau di mana jua kita berada. Hati yang ingat pada Allah akan menyekat kita daripada maksiat dan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Allah s.w.t. Kita akan merasa diperhatikan dan diawasi biarpun bersendirian. Bahkan, kita juga merasa tawadhuk apabila perbuatan yang kita lakukan adalah semata-mata kerana Allah.
                              https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi6npD9-SkqNCUh8RN35UX-5mQ-KxHOCQ4N9WqLvTR8Fxxahm2NsQPKY47U2KvKsKgU0lu_UjeF8D80-7eG6CV_8hapAKUT9UCqHsyyT0xzr0YjC_kcnoxEqXyn6Ticfef7lmEq6i8zwEsN/s320/menulis.jpg